Memang tidak puas jika dibincangkan berkenaan dengan peranan seorang isteri.Sejak dahulu lagi pelbagai isu telah dikaitkan dengan seorang isteri. Sehingga cadangan panas dari sesorang yang berpengalaman dan terkenal agar para isteri melayan suami melebihi layanan pelacur kelas pertama.

Beliau amat yakin dengan cadangan tersebut bagi mengatasi dan meningkatkan keharmonian rumahtangga.Cadangan dan kenyataan itu memang menjadi panas dan diperdebatkan dikalangan para suami dan isteri.Ada pro dan kontranya.

Apa jua yang diperkatakan mengenai isu ini, ketaatan kepada suami adalah perkara wajib.Isteri bukan sahaja  wajib menjaga maruah diri namun perlu pandai menjaga maruah suami.Malah diri isteri yang selalu di anggap lemah pada sesetengah lelaki inilah yang konsisten dalam melayani dan berusaha menyenangkan hati suami.Apatah lagi kemahuan seksual suami.Bertambah mencabar apabila segala usaha yang dicurahkan untuk suami di pandang remeh dan lebih menyedihkan apabila segala usaha “ibarat tepuk sebelah tangan”.

Suami juga perlu bertindak adil dalam pengurusan rumah tangga terutama apabila ia berkaitan dengan perasaan dan tanggungjawab. Sebagai ketua keluarga yang diumpamakan sebagai nakhoda kapal, suami mestilah lebih kreatif dan bervisi dalam kepimpinan rumah tangganya.Corak dan warna rumah tangga, bergantung kepada anda seorang suami.

Kemakmuran rumah tangga bagi sepasang suami isteri sepatutnya semakin utuh selari dengan usia umur rumah tangga yang dibina.Sang isteri usahlah berputus asa sekiranya suami anda seorang yang dingin pada rumah tangga namun ceria disamping kenalannya.Terlalu banyak maklumat yang boleh dicapai dihujung jari demi mencapai matlamat dan melindungi rumah tangga yang harmoni.

Cinta dan sayang haruslah mengikut peredaran usia.Jika masa muda kemungkinan besar cinta dan nafsu sering menerangi dan mewarnai kehidupan, tetapi bila si isteri semakin berusia, nafsu bukan lagi menjadi utama.Namun hakikatnya, pertambahan usia suami tidak menuakan nafsunya. Disinilah dilemanya.

 

 

17,746 total views, 4 views today