Oreo Sponge Cake | Kek Span Oreo

118

PEMBETULAN: Kek di bakar selama 50 minit. Ada typo pada bahasa melayu.

Cara untuk membuat kek span yang saya kongsikan kali ni lain sikit daripada kek span yang biasa dibuat menggunakan ovalette. Kek span ini tidak menggunakan ovalette tapi saya gunakan teknik meringue dan bakar secara waterbath untuk mendapatkan kek span yang lembut dan gebu. Kek ini juga dipanggil cotton sponge kek. Pastikan meringue sempurna dan kaup balik adunan kek dengan perlahan untuk mendapatkan kek span yang lembut dan gebu. Setelah kek masak, segera keluarkan kek daripada oven dan terbalikkan sebentar. Kemudian keluarkan kek daripada loyang dan terbalikkan semula supaya kek tidak mendap. Selamat mencuba!! 😊

Tips membuat meringue:
– pastikan putih telur tidak tercampur dengan kuning telur @ terkena minyak, air dan sebagainya.
– pastikan peralatan yang digunakan bersih dan kering.
– pukul putih telur pada kelajuan yang tinggi sehingga bertanduk (telur tidak jatuh bila terbalikkan mangkuk adunan)

Meringue:
5 Biji Putih Telur
1/2 sk Cream Of Tartar (@1sk jus lemon)
80gm Gula

Kek:
5 Biji Telur Kuning
40gm Gula
40ml Minyak Jagung
50ml Susu Segar
1 tsp Esen Vanila
100gm Tepung Naik Sendiri – https://youtu.be/4FgxOLp1Tz8
50 gm Oreo yang dikisar kasar (Tanpa Krim)

——————————————

Meringue:
5 Egg Whites
1/2 tsp Cream Of Tartar (@ 1tsp lemon juice)
80gm Sugar

Cake:
5 Egg Yolks
40gm Sugar
40ml Corn Oil
50ml Fresh Milk
1 tsp Vanilla Essence
100gm Self Raising Flour – https://youtu.be/4FgxOLp1Tz8
50 gm Oreo Crumbs (Without Cream)

source

886 total views, 6 views today