Panduan Mudah Untuk Menjadikan Kuasa Kata Ikrar Positif Mengubah Hidup Anda

60

Pertama, pada sehelai kertas, tuliskan hal-hal yang Anda inginkan atau perkara yang anda ingin ubah dalam kehidupan sekarang.

Disarankan untuk membuatnya tetap peribadi, elakkan daripada berkongsi dengan yang lain seperti keluarga, teman, dan masyarakat yang cenderung untuk sabotaj matlamat anda dengan mengatakan sesuatu yang menganggu gugat secara terus keatas kata ikrar yang anda mahu laksanakan.

Meskipun mereka bermaksud baik, Anda tidak wajar membiarkan kata-kata mereka memasuki fikiran Anda dan mensabotaj matlamat.

Dengan itu Anda mulakan dengan menulis hasrat diri, hafalkan afirmasi positif (kata ikrar), dan perlakukan perkara yang dihajatkan itu seolah sudah terwujud atau Anda sudah mencapainya.

Apabila anda mempunyai masa pada waktu pagi, ulangi pengesahan sekurang-kurangnya 20 kali, nyatakan dengan semangat. Cuba bayangkan diri anda bersama dengan keinginan anda. Cuba bayangkan bagaimana hidup anda apabila keinginan ini menjadi kenyataan. Pada waktu malam, ulangi proses sebelum tidur.

Apabila anda meragui keinginan dan matlamat yang telah diinginkan, jelaskan fikiran anda dan ulangi ikrar. Buang semua pemikiran negatif yang menggangu tumpuan bagi memastikan anda memperolehi keinginan yang dimahukan.

LANGKAH PENTING;

Akhirnya, pastikan minda anda terbuka dan peka kepada peluang. Cara mencapai keinginan anda mungkin tidak akan datang seperti yang anda bayangkan.Ia datang bukan bagaikan bulan jatuh keriba. Oleh itu, anda perlu berjaga-jaga dengan peluang dan mengambil tindakan terhadap peluang yang hadir.

470 total views, 4 views today