masalah keputihan

DR.PAUL SUMMERS dari Fakulti Kedoktoran Universiti Utah, Amerika Syarikat telah menjalankan tiga ujian mudah untuk mengenalpasti jangkitan vagina. Ujian yang boleh dilakukan sendiri di rumah ini Berjaya mengenalpasti jangkitan vagina yang berlaku kepada 41 orang wanita daripada 48 orang wanita yang terlibat dalam proses ujian tersebut.

UJIAN 1: Periksa vagina atau cairan vagina anda. Jika berbau atau lain dari biasa, itu menandakan vagina anda menghadapi kemungkinan dijangkiti bakteria.

UJIAN 2: Ambil setitis hidrogen peroksida yang boleh didapati di farmasi lalu dicampurkan dengan lendir vagina yang baru dan letakkan di atas kaca bersih.Jika campuran tersebut menghasilkan buih, bererti enzim ‘katalase’ dalam sel darah putih sedang aktif melawan jangkitan bakteria pada vagina.Hal ini jelas menunjukkan jangkitan bakteria telah dikesan pada vagina.

UJIAN 3: Lakukan ujian keasidan vagina untuk mengenalpasti kewujudan jangkitan pada vagina dengan menggunakan kertas pH yang disentuhkan pada cairan vagina anda. Sekiranya kertas pH menunjukkan angka jauh kurang daripada  7 pada skala pH, ini menandakan terdapat jangkitan vagina.

KEPUTIHAN

Hampir sebahagian besar wanita pernah mengalami masalah keputihan. Paling tidak sekali seumur hidup seseorang wanita akan tetap mengalaminya. Keputihan yang normal kelihatan jernih, tidak berbau dan biasanya terjadi sebelum atau sesudah haid.Keputihan yang tidak normal pula adalah keputihan yang keluar secara berlebihan, cairan pekat, berbau busuk dan berwarna kekuningan atau lebih kronik berwarna kuning hingga kehijauan. Bagi penderita keputihan, anda akan merasa gatal-gatal dan panas pda bahagian vagina.

KEPUTIHAN NORMAL

Pada vagina wanita dewasa terdapat bakteria yang dikenali sebagai Doderlein yang bersifat dominan dalam keadaan normal dan berfungsi mengekalkan tahap keasidan vagina agar vagina mempunyai daya ketahanan yang kuat.Vagina juga akan mengeluarkan sejumlah cairan yang berguna untuk melindungi diri daripada jangkitan bakteria. Pun begitu cairan ini biasanya jernih dan kadang kala sedikit keruh, tidak berbau dan tidak disertai rasa gatal atau terbakar pada vagina. Keputihan normal berlaku pada masa ovulasi iaitu lebih kurang 12 hingga 14 hari setelah haid.Keputihan normal berlaku jika seseorang wanita terangsang atau berahi atau ketika emosi terganggu.

KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

Keputihan tidak normal sering terjadi apabila vagina dijangkiti bakteria atau parasite kesan perubahan kadar hormone, gula darah, atau rendahnya daya tahan tubuh seseorang wanita dewasa. Bakteria yang mengakibatkan keputihan dikenali sebagai Hemofilus Vaginalis yang boleh disalurkan menerusi hubungan kelamin.Jangkitan parasite pula biasanya dikenali sebagai trikononas yang juga dapat disalurkan menerusi hubungan kelamin.

Selain itu keputihan tidak normal juga boleh disebabkan oleh luka, penyakit kronik seperti tumor, kesan jangkitan akibat pemakaian tampon atau spiral dan Penyakit Hubungan Seksual (PHS) seperti Gonore atau Raja Singa dan AIDS.

KOMPLIKASI KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

Sekiranya penyakit keputihan ini tidak diubati dengan cepat, jangkitan akan terus berlaku sehingga ke dalam rongga rahim yang kemudiannya ke saluran telur hinggalah sampai ke indung telur. Tidak hairanlah wanita yang menderita keputihan tidak normal yang sangat kronik dan berlanjutan hingga bertahun-tahun akan menyebabkan kemandulan. Jika anda mendapati vagina anda bermasalah, jangan bertangguh-tangguh untuk bertemu doctor kerana tindakan awal anda mungkin boleh menyelamatkan diri sendiri.Kenali, sayangi, dan jagalah vagina anda bagai nyawa sendiri.

14,344 total views, 3 views today