[sg_popup id=”1″ event=”onload”][/sg_popup]Kami sebenarnya tidak pernah makan sushi.Disebabkan mahu cari pengalaman baru, timbullah idea untuk mencuba makan sushi.Maka bermulalah carian maklumat berkenaan sushi di google.

Keinginan untuk merasa sushi semakin memuncak selepas membaca komen positif dari mereka yang pernah makan sushi.Langkah seterusnya… kami cari pula di google tentang sushi yang halal.

lokasi

Selepas lakukan carian di google, nampaknya restoran Sushi yang memikat hati adalah Sushi King kerana status halal yang lebih meyakinkan.Tambahan pula restoran Sushi King ini berdekatan dengan rumah.

Kepada anda yang mahu cari lokasi Sushi King berhampiran tanya sahaja dengan google.

Sampai destinasi

Sampai direstoran, buka sahaja pintu masuk… kami di sambut dengan senyuman dan kata sambut.Macam masuk kedai pakaian Hari-hari lah pula.”Selamat datang..!”..kata pelayan.

Layanan

Layanan semuanya baik.Memandangkan saiz restoran sushi king di Bandar Banting sederhana besar, pelayan mudah nampak setiap pelanggan yang mahukan layanan.Kepada mereka yang mahukan layanan ada satu mesin disediakan untuk ditekan bagi memanggil pelayan.

Mahu makan apa?

Anda dapat lihat, makanan bergerak sendiri untuk menggoda nafsu peminat Sushi King.Pilih sahaja mana yang berkenan dan angkat sendiri.

Jika tidak cukup menarik atas hidangan yang berputar, anda bolehlah minta menu untuk hidangan yang tiada.Buat perhatian, hanya sushi sahaja yang berputar, air minuman perlu dipesan.

Cadangan.

Sekiranya anda ingin makan sushi King, kami cadangkan makan sahaja variati sushi yang terhidang.Jika Sushi yang anda mahu tiada boleh pesan melalui buku menu.Tapi tidak perlu makan selain sushi.Tidak sedap.Malah tidak boleh telan!Terutamanya sup!.Tapi jika anda boleh makan sup di Sushi King…anda memang Hero!😁

Harga

Harga memang badaslah bagi rakyat biasa seperti kami.Untuk sesekali menghilangkan kempunan dan mendapat pengalaman baru silakan.Harga sepiring sushi dari RM3.++ Hingga RM6.++.Biasanya sushi yang terhidang dalam satu piring hanya 2 pcs.

Untuk kami berlima, kos makan sushi untuk ke$eluruhannya RM180.++.

Selamat menjamu selera…

17,902 total views, 3 views today