Pentingnya perhubungan yang kukuh bagi memudahkan membina kejayaan

48

Semua orang suka berada di sekitar seseorang yang menyayangi orang lain seperti diri mereka sendiri . Mereka ini begitu faham tentang pentingnya hubungan yang berkualiti. Ini kerana hubungan yang berkualiti adalah seperti “Gam” yang membuatkan sesuatu pasukan menjadi kuat sesama sendiri.

Hampir semua yang anda lakukan, ia bergantung kepada kerja berpasukan. Tidak kira sama ada anda seorang pemimpin atau pengikut, jurulatih atau pemain, guru atau pelajar, ibu bapa atau anak, ketua pegawai eksekutif atau bukan; anda akan terlibat dengan orang lain.

Persoalannya, adakah penglibatan anda dengan orang lain boleh berjaya? Ia bergantung kepada sejauhmana seorang pemimpin itu boleh berhubung dan menghubungkan orang-orang dalam pasukan melalui perhubungan yang berkualiti.

Berikut adalah cara untuk anda ketahui sama ada anda telah membina hubungan yang kukuh dengan orang lain. Lihat dan cari lima ciri berikut dalam hubungan anda;

  • Menghormati
  • Pengalaman bersama
  • Kepercayaan
  • Timbal balik
  • Kepuasan bersama

Jangan lupa klik share dan like!

432 total views, 4 views today