Berkali-kali anda mengikuti program diet, malangnya masih belum berjaya mendapatkan berat badan yang ideal, apatah lagi untuk mendapatkan kelangsingan badan.Rakan anda yang baru mencuba pertama kali beberapa bulan yang lalu pun sudah berjaya menguruskan badan.Semakin hari, tubuhnya juga semakin langsing dan menarik.

Memangnya berasa cemburu melihat kejayaan rakan anda.Tetapi anda sendiri bingung untuk memikirkan cara apa lagi yang sesuai untuk anda capai matlamat.Dalam masa yang sama, anda juga jemu untuk meneruskannya memandangkan usaha sebelum ini juga tidak pernah berhasil.Seakan sudah habis daya anda untuk meneruskan program diet.

Namun hakikatnya anda juga tidak perlu menyalahkan diri sendiri sepenuhnya.Ini kerana, terdapat beberapa sebab yang mengagalkan program diet dan seterusnya menggagalkan matlamat untuk kuruskan badan.Didapati, ia bukanlah semata-mata disebabkan oleh kurangnya keinginan atau komitmen yang tidak kuat daripada mereka yang menjalani program diet, tetapi ia boleh juga disebabkan oleh hormon.

WeightLossHeartHealth_062513-617x416

Tips kuruskan badan : Pengaruhi rasa lapar

Melalui kajian yang dilakukan hormon kita juga terlibat dalam pengawalan selera makan dan mungkin juga menyumbang kepada penyebab kegagalan kita dalam program diet atau program kuruskan badan.Selain itu didapati bahawa perubahan hormon boleh mempengaruhi rasa lapar dan berat badan seseorang.

Dalam kajian yang dilakukan, setahun selepas penurunan berat badan, terdapat peningkatan di dalam “hormon lapar” atau lebih dikenali sebagai hormon ghrelin dan penurunan hormon lain seperti leptin iaitu hormon yang menyumbang kepada proses peningkatan atau penurunan berat badan.

Hormon gherlin merupakan hormon yang memberikan signal kepada otak dan memberitahu kita untuk makan dan manakala hormon leptin pula berfungsi sebagai hormon yang memberitahu kita supaya berhenti makan.Bukan itu sahaja, kekurangan salahsatu daripada hormon lain seperti peptide YY dan choleccystokini juga boleh membuat berat badan kembali naik.

Secara logiknya, kekurangan salah satu daripada hormon seperti leptin contohnya akan mudah membuatkan seseorang itu menambah berat badan.Dari aspek evolusi pula, perubahan ini seharusnya dapat membantu mencegah kelaparan ketika sukar mendapatkan makanan.

Perkara ini membantu menjelaskan mengapa kebanyakan orang agak sukar untuk menurunkan berat badan dan sesetengahnya juga sukar untuk mempertahankan berat badan yang ideal dalam tempoh waktu yang lama setelah berjaya menurunkannya.

Ia juga mungkin disebabkan mengapa program kesihatan atau kempen kesihatan seperti yang sering diadakan gagal untuk mengurangi masalah obesiti di kalangan masyarakat.

9,697 total views, 1 views today