Rahsia dan khasiat Avokado. Apa akan terjadi jika kita makan ia setiap hari?

1246

Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri.

Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

Avokado atau avocado secara khusnya ia dapat memberi manfaat seperti;

  1. Bagaimana untuk mendapatkan nafas segar
  2. Cara membuat buah pinggang anda berfungsi lebih cekap
  3. Bagaimana untuk mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida anda
  4. Bagaimana untuk menjadikan fungsi hati anda lebih cekap
  5. Bagaimana untuk menurunkan tekanan darah anda
  6. Bagaimana untuk memperbaiki visi anda
  7. Bagaimana untuk mendapatkan perlindungan tambahan daripada kanser
  8. Cara menurunkan berat badan dengan mudah
  9. Bagaimana untuk membuat kulit anda bersinar

Anda suka dengan artikel ini? Jom! tekan butang Share, like untuk membolehkan kenalan anda juga ketahui khasiat avokado/ avocado.

8,289 total views, 1 views today