Rahsia kekuatan mengulang kata-kata ikrar positif

480
0

Ikrar positif adalah alat yang kuat yang dapat membantu merealisasikan keinginan diri dalam kehidupan. Apabila anda mahu mencapai matlamat, kata-kata Ikrar positif  menggalakkan dan bertindak merangsang diri sendiri untuk mencapai maltlamat tersebut.

Setiap perkataan yang mampu meningkatkan fikiran dan tindakan, ia adalah sebahagian daripada ikrar positif .

Mengubah mentaliti “kegagalan” melalui ikrar positif atau menggunakan kata-kata perangsang dengan menanamkan perubahan positif yang ketara dalam minda bawah sedar adalah strategi yang berkesan untuk melawan ketakutan dalam kegagalan.

Apabila diri cuba untuk memaksa fikiran bawah sedar untuk “mempercayai” bahawa anda boleh melakukan apa yang anda inginkan, anda sebenarnya bertindak mencuci pemikiran negatif dan membuat program positif baru dalam diri.

Ikrar adalah biasanya pendek, kenyataan positif yang bertujuan untuk menentang pemikiran negatif, perasaan, atau tindakan.

Oleh itu, ikrar positif bertujuan untuk menggantikan persepsi negatif yang menghalang diri daripada mempercayai diri sendiri.

 

 2,335 total views,  2 views today

VIASoothing Relaxing | Justin Albert
SOURCEYoutube: Soothing Relaxing| Articles: Justin Albert - Positive Thinking
Previous articleRahsia Lebih 30 Tahun Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah Tentang Rezeki
Next articleAdakah ikrar positif benar-benar berkesan untuk mencapai matlamat?
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.