Rahsia Khasiat Daun Turi Bonda Rozita Ibrahim

2069

POKOK DAUN TURI merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan sayuran daun daripada pokok Turi. Dan ia merupakan sejenis sayuran kampong tradisional. Penanaman pokok turi di Malaysia lazimnya dibuat dikawasan keliling rumah sebagai pokok hiasan landskap disamping mendapatkan pucuk dan bunga daun turi untuk dijadikan sayuran. Memang kreatif dan berinovasi orang terdahulu.

Pokok Daun Turi ini senang ditanam dan senang tumbuh. Sekiranya ia dijaga dengan baik, ia akan memberikan lanskap rumah kita nampak segar dan cantik. Apa yang penting ia memberi manfaat kepada pemiliknya. Daun Turi boleh dibuat ulam atau dimasak untuk hidangan sekeluarga.

Untuk mereka yang belum atau lupa bagaimana pokok Daun Turi, Jom kita lihat pokok Daun Turi milik Bonda Rozita Ibrahim di kebun sayur beliau. Sila tonton video sampai habis.

Sila tekan butang LIKE atau SHARE untuk membolehkan rakan kenalan anda juga tahu khasiat Pokok Daun Turi.

7,129 total views, 5 views today