Lidah buaya atau lebih dikenali dengan nama Aloe vera oleh masyarakat dunia hari ini sememangnya satu-satunya tumbuhan yang digunakan oleh ramai orang untuk sebarang sebab.Lidah buaya mengandungi magnesium, zink, vitamin A, vitamin B12, dan E, dan asid lemak perlu.

Secara semula jadinya lidah buaya mengandungi vitamin C yang dikatakan dapat membantu mengekalkan keadaan normal salur darah dan amat perlu untuk kesihatan kelenjar adrenal yang akan menyokong tubuh pada waktu tekanan.

Kandungan asid amino dalam pokok lidah buaya juga mengandungi rangkaian atom-atom yang membina protein dalam tubuh.Enzim yang terdapat dalam lidah buaya pula adalah bahan penting dalam kehidupan setiap atom organik dan molekul makanan semulajadi mentah, memudakan tisu-tisu berusia dan merangsang kesihatan kulit.

 aloe-vera-juice-benefits

Selain itu, pokok lidah buaya juga dikatakan mengandungi Germanium iaitu mineral yang mengandungi kebaikan terapeutik untuk keimunodefisienan, kesakitan, penyakit kardiak, gangguan peredaran dan masalah-masalah mata.Ekstrak daun-daunnya pula dikatakan mempunyai sifat antiparasit. Bioaktiviti lain termasuk antibakteria, antibengkak, anti kanser, anti kulat dan anti serangga.

Kegunaan biasa pokok lidah buaya adalah untuk disapu pada kaki kanak-kanak untuk menjauhi serangga seperti agas, nyamuk dan lain-lain.Daun keringnya pula dibakar di dalam rumah untuk tujuan membunuh kuman.Begitu juga jika pokoknya digantung di dalam rumah, ia dikatakan mampu digunakan untuk tujuan menjauhi serangga dan kuman.

Banyak kebaikan daun lidah buaya untuk tujuan perubatan tradisional  dan herba.Bagi perempuan yang menghadapi masalah haid, meminum campuran cecair daun yang segar mahupun kering dengan air dan gula dikatakan boleh boleh merngurangkan masalah tersebut.

Ramuan yang sama juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah

  • sukar buang air besar
  • menyingkirkan cacing di dalam perut dan usus
  • merawat pening,
  • sakit kepala,
  • ginjal,
  • pundi hempedu,
  • pundi kencing,
  • kanser paru-paru,
  • siflis, leukemia,
  • asma,
  • batuk,
  • masalah penghadaman,
  • masalah hati,
  • masalah reumatisme,
  • sawan babi,
  • menambahkan rembesan hempedu dan
  • mencuci perut dan usus.

Lidah buaya juga dikatakan boleh digunakan untuk kecantikan wanita .Isinya boleh disapu pada kawasan gelap di bawah mata bagi mengurangkan masalah tersebut.Apabila disapu pada kulit wajah, sifat-sifat semula jadinya sebagai pelembab dan anti penuaan juga sedikit demi sedikit mampu mengurangkan garisan halus pada wajah dan menjadikan kulit wajah bertambah cantik.

9,828 total views, 1 views today