Lobak merah mengandungi banyak vitamin A, selain vitamin lainnya seperti vitamin B, C, D, E, G dan K. menurut kajian , zat besi dan kalsium yang terdapat dalam lobak merah dapat diasimilasikan di dalam tubuh.Jus lobak merah mengandungi hampir semua mineral dan vitamin yang diperlukan tubuh.

Di samping itu, lobak merah juga mengandungi sulfur, klor dan fosforus. Bahkan, lobak merah merupakan salah satu sumber kalsium terbaik sehingga jika diminum setengah liter setiap hari lebih besar nilainya dalam membentuk tubuh daripada mengambil 10 kilogram tablet kalsium.

Jus lobak merah merupakan pelarut yang baik untuk kudis bernanah dan kanser, dapat menahan jangkitan kuman dan sangat berkesan dalam membantu melancarkan kelenjar adrenalin. Jangkitan pada mata , kerongkong ( tonsil ) dan rongga hidung juga dapat diatasi dengan minum jus lobak merah. Selain itu, jus lobak merah juga dapat melindungi susunan saraf, organ pernafasan, serta menambah kekuatan dan kesegaran tubuh.

Lobak
Kudis bernanah pada usus dan penyakit hati sering terjadi akibat kekurangan unsur-unsur tertentu di dalam lobak merah yang tidak terdapat di dalam tubuh. Jika demikian, dengan minum jus jus lobak merah, hati dapat dibersihkan dan bahan-bahan penyumbat di dalamnya dapat dilarutkan.

Begitu banyaknya larutan yang dikeluarkan dari dalam tubuh , warna kulit sering kelihatan menguning kerana sebahagian larutan itu dikeluarkan melalui pori-pori. Oleh itu, jika terjadi perubahan warna kulit selepas minum jus lobak merah atau jus sayuran lain, itu menandakan hati sedang dalam proses pembersihan.

Kelenjar endokrin, terutamanya adrenalin dan kelenjar pembiakan memerlukan unsur-unsur yang terdapat di dalam lobak merah. Kemandulan kadang-kadang dapat diatasi dengan menggunakan lobak merah. Kemandulan kemungkinan disebabkan oleh makanan yang atom dan enzimnya sudah rosak kerana dimasak.unsur-unsur yang ada di dalam lobak merah sangat diperlukan untuk melengkapi kekurangan tersebut.

Dengan menggunakan micros-kop dapat dilihat bahawa susunan molekul-molekul sari lobak merah persis sama dengan molekul darah. Itulah sebabnya sari lobak merah sangat besar khasiatnya kepada tubuh.

20,661 total views, 5 views today