Memang ramai warga kerja yang selalu disibukkan dengan bebanan kerja mencari peluang untuk bercuti bagi melonggarkan stres yang selalu dihadapi saban hari.Peluang ini juga amat dinantikan oleh anak-anak yang melalui cuti persekolahan.

Antara lokasi kegemaran mereka terutama yang punyai keluarga adalah kawasan sungai air terjun.Bukan sahaja dapat memenuhi keperluan budjet tetapi ia satu pilihan yang baik untuk seisi keluarga bagi merapatkan hubungan kekeluargaan dengan cara percutian.Sekiranya ibubapa sibuk dengan kerjaya manakala anak sibuk dengan rutin persekolahan, sungai air terjun pasti antara menjadi senarai semak pilihan percutian.

Kepada mereka yang masih mencari kawasan Sungai air terjun yang ohsem dan masih dipenuhi dengan keadaan alam semulajadi, saya cadangkan Teratak Riverview di Tanjung Malim.Disini saya kongsikan mengapa Teratak Riverview Tanjung Malim merupakan destinasi sungai air terjun yang menarik.

Lokasi.

Jika anda gunakan google map sebagai pandu arah.Sila taipkan terus keyword “Teratak riverview Tanjung Malim”. Pasti muncul. Namun google map hanya tunjukkan sehingga simpang utama masuk.Dari simpang utama anda perlu memandu lebih kurang 5-8 minit untuk sampai kelokasi.

Dalam perjalanan masuk, anda akan jumpa papan tanda arah seperti ini.Mana yang berkenderaan biasa masuk kanan dan kepada mereka yang berkenderaan 4×4 ikut jalan kiri.Namun sekiranya kenderaan 4×4 mahu ikut laluan kenderaan biasa pun boleh.

Kawasan ini tiada liputan talian komunikasi (pada artikel ini ditulis).Justeru itu rancang dengan baik.

Penginapan dan harga

Penginapan disini agak selesa sesuai dengan harga budget.Janganlah bayangkan penginapan ala hotel.Tentulah tidak.Namun kelebihan disini ia punyai pilihan penginapan dekat dengan sungai air terjun.Harga dari RM100-150 semalam.Checkin jam 2 petang checkout jam 12.30 tgh.

Jika mereka gemarkan perkhemahan, tapak khemah juga disediakan.Sewa tapak RM8 seorang.Untuk sewa khemah RM20 seunit untuk 2 hari 1 malam.

Aktiviti selain perkhemahan

Selain aktiviti perkhemahan, Teratak Riverview Tanjung Malim menyediakan aktiviti memanah, Motor ATV dan Flying Fork serta jambatan gantung yang merentasi sungai.

Untuk datang kesini dan untuk sebarang tempahan sila hubungi
TERATAK BERNAM RIVERVIEW SDN. BHD. HULU BERNAM
HAKIM :013-5335033| HANAH : 019-5115033/017-3532022| HAZIQ :017-3431346

26,095 total views, 50 views today