Resepi Biskut Oat Badam Rangup

540
0

Hujung minggu memang waktu yang sesuai untuk memasak atau membakar kuih. Kena pula stok kudapan semakin susut atau habis.kali ini saya kongsikan Resepi Biskut oat bersama badam yang rangup ni wajib dibuat untuk hidangan.

Biskut yang sangat mudah dan sedap. Biskut ni perlu dibakar lama supaya rangup sampai ke dalam. Nipiskan sikit adunan supaya lebih mudah masak. Masa untuk membakar pula bergantung kepada ketebalan dan saiz biskut.

Jika masih belum rangup, boleh tambah masa membakar dan turunkan sikit suhu supaya tidak cepat hangus. Sesuaikan suhu dan masa ikut oven masing-masing. Biskut akan lebih rangup apabila sejuk. Badam pula perlu dibakar terlebih dahulu sehingga rangup untuk menjadikan biskut lebih rangup.

Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 60-70 biji biskut bersaiz kecil. Hias mengikut kesukaan masing-masing. Selamat mencuba ?

P/S: Bakar badam cincang terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam adunan (JANGAN LUPA)

P/S: Bake the almond nibs before mix in the batter (DON’T FORGET)

[Bahasa Melayu]
-= Bahan-Bahan =-
0:11 – 1/3 Cawan @ 75 gram Gula Kastor
0:17 – 140 gram Mentega
0:44 – 1 Biji Telur
0:50 – 1 sudu kecil Esen Vanila
1:19 – 2 1/2 Cawan @ 200 gram Quaker Oats
1:24 – 1/3 Cawan @ 50 gram Badam Cincang (dibakar)
1:28 – 1/4 Cawan @ 30 gram Tepung Gandum
2:24 – Kuning Telur
2:28 – Pewarna Makanan Kuning
2:52 – Ceri
2:57 – Bakar 160ºC / 320ºF Selama 40 Minit

_________________________________________________

[English]
-= ingredients =-
0:11 – 1/3 Cup @ 75 gram Castor Sugar
0:17 – 140 gram Butter
0:44 – 1 Egg
0:50 – 1 teaspoon Vanilla Essence
1:19 – 2 1/2 Cup @ 200 gram Quaker Oats
1:24 – 1/3 Cup @ 50 gram Almond Nibs (baked)
1:28 – 1/4 Cup @ 30 gram Wheat Flour
2:24 – Egg Yolk
2:28 – Yellow Food Coloring
2:52 – Cherry
2:57 – Bake 160ºC / 320ºF For 40 Minutes

_________________________________________________
[Bahasa indonesia]
-= Bahan-bahan =-
0:11 – 1/3 Cangkir @ 75 gram Gula Kastor
0:17 – 140 gram Mentega
0:44 – 1 Butir Telur
0:50 – 1 senduk teh Esensi Vanila
1:19 – 2 1/2 Cangkir @ 200 gram Quaker Oats
1:24 – 1/3 Cangkir @ 50 gram Almond Cincang (dipanggang)
1:28 – 1/4 Cangkir @ 30 gram Tepung Terigu
2:24 – Kuning Telur
2:28 – Pewarna Makanan Kuning
2:52 – Ceri
2:57 – Panggang 160ºC / 320ºF Selama 40 Menit

source

 2,645 total views,  1 views today

VIABuat Orang Lapo
SOURCEYoutube
Previous articleResepi Rendang Ayam Yang Sedap
Next articleResepi Serawa Durian yang Sedap dan istimewa
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.