Resepi Daging Masak Hitam yang sangat sedap, memang rugi jika tidak mencubanya

82

Resepi daging masak hitam ini memang boleh menjadi menu hidangan wajib mingguan atau bulanan di rumah. Bahan asas resepi ini tentunya adalah daging. Jika ditonton, resepi daging masak hitam ini lebih kurang macam masak rendang, cuma ia menggunakan kicap yang banyak agar menjadi hitam.

Ramai yang memberitahu, daging masak hitam ini jika mahu lagi sedap, simpan masakan ini sampai keesokan harinya. Biar bahan-bahan masakan lebih meresap dan bersatu sampai kedalam daging. Ingat! pastikan daging menjadi lembut dahulu sebelum memasukkan garam dan kicap.

Bahan-bahan
0:08 – 1 Biji Bawang Holland
0:12 – 4 Ulas Bawang Putih
0:14 – 3 Batang Serai
0:17 – 1 Inci Halia
0:19 – 7-10 Tangkai Cili Kering (Direbus)
0:24 – Air
1:07 – Minyak Masak
1:50 – Kulit Kayu Manis
1:51 – Bunga Lawang
1:53 – Buah Pelaga
1:56 – Jintan Manis
2:05 – Masak sehingga pecah minyak
2:13 – 24 gram Serbuk Kari (1 paket)
2:17 – 24 gram Rempah Kurma (1 paket)
2:39 – Tips : Kalau kering sangat boleh tambah minyak
2:53 – 500gm Daging Lembu
3:05 – Air (Boleh tambah beberapa kali sehingga daging lembut)
3:31 – 3 Sudu Besar Kicap Masin
3:38 – 6 Sudu Besar Kicap Manis (tambah ikut suka)
4:06 – 2 Sudu Besar Kerisik
4:21 – Garam (Jika perlu)
5:11 – Extra scene korek sehingga licin

source

 633 total views,  1 views today