Mencari resepi ikan siakap stim yang sedap?. Baiklah, kali ini saya kongsikan resepi ikan siakap masak stim yang dikongsikan oleh iCookAsia. 

Dengan suhu atau cuaca sejuk ketika ini memang sedap jika kita cuba masak ikan siakap stim. Rasa segar dan menyelerakan untuk seisi keluarga. Nasi yang masih panas bersama ikan siakap stim memang terangkat rasanya.

Okay jom! kita lihat bahan-bahan untuk memasak ikan siakap masak stim

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ekor siakap, dibuang sisik dan di basuh dengan air asam.
1 biji halia sebesar ibu jari, dihiris nipis
1 biji bawang besar, dihiris nipis
1 sudu perahan limau nipis
Garam secukupnya

Bahan untuk kuahnya:

1 batang serai, di ketuk
1 biji bawang, di hiris nipis
1 biji halia sebesar ibu jari, dihiris nipis
3 bji cili padi, di ketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
garam dan gula secukupnya
1 biji limau nipis, dipotong bulat nipis
1 ½ cawan air
½ cawan air tepung jagung
2 tangkai daun sup, untuk hiasan
2 biji cili merah, untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula letakkan ikan di atas aluminium foil dan gaul bersama sedikit garam. Kemudian taburkan bawang besar, halia serta perahan limau nipis dan kukus di dalam periuk pengukus sehingga masak.
  2. Untuk menyediakan kuahnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan serai, bawang besar, halia, cili, sos tiram dan  sos ikan. Tumis semua bahan sehingga naik bau. Kemudian masukkan limau nipis, air, garam, gula dan air tepung jagung. Biarkan mendidih sebentar sambil dikacau sehingga pekat. Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus dan hiaskan bersama daun sup serta cili merah.
  3. Ikan siakap stim sedia untuk dihidang.

4,490 total views, 2 views today