Resepi Kuih Buah Melaka yang sedap

1578

Kali ini saya hendak kongsi Resepi Kuih Buah Melaka yang dikongsi oleh¬†buatoranglapo.com. Memang sedap dan menyelerakan untuk kita hidangkan diwaktu petang. Mana yang suka sejuk, buatlah awal dan simpan di peti sejuk. Balik kerja hidangkan…memang sedap!. Jangan lupa share dan simpan resepi Kuih Buah Melaka ini untuk menu berbuka puasa kali ini..

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 200ml air pandan (kisar daun pandan dan ambil airnya)
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • Gula kabung/gula melaka secukupnya (potong dadu)

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 400ml santan sederhana cair
  • Sedikit garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum di dalam bekas.
  2. Masukkan pewarna hijau ke dalam air pandan dan masukkan air ini ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.
  3. Uli adunan sehingga tidak melekat pada tangan.
  4. Untuk membuat kuah, masukkan tepung gandum dan garam ke dalam santan dan kacau.
  5. Letakkan sedikit kuah santan ke dalam loyang supaya adunan tepung tidak melekat. (Senang nak ambil kuih bila dah masak)
  6. Ambil adunan tepung yang telah di uli dan bulatkan kecil2. Masukkan gula kabung/gula melaka ke dalam tepung.
  7. Terus letak tepung yang telah dibulatkan ke dalam loyang yang berisi sedikit santan tadi. Buat sampai habis.
  8. Masukkan kesemua santan ke dalam loyang tadi. Kalau nak kuah banyak, boleh tambah santan.
  9. Panaskan kukus terlebih dahulu. Kukus selama lebih kurang 15 minit. Siap untuk dihidangkan..

7,206 total views, 8 views today