Assalammualaikum. Salam sejahtera. Kali ini saya hendak kongsikan resepi masakan western. Bahan-bahannya memang mudah disediakan. Resepi yang saya maksudkan adalah Resepi Makaroni Cheese Bakar.

Biarpun banyak langkah kena buat, namun sebenarnya ia amat mudah dilakukan. Yang paling penting resepi Makaroni Cheese Bakar ini memang sedap! Lepas tengok video pasti anda juga bersemangat untuk masak. Anak-anak juga pasti suka!

Bahan-Bahan;

  • 150 gram makaroni
  • 100 gram daging/ayam cincang
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 ulas bawang merah (cincang)
  • 1/2 labu bawang holland (cincang)
  • 6 sudu besar sos spageti
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu besar pes cili (kalau nak pedas)
  • sayur campuran
  • Tomato (potong dadu)
  • daun sup
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk oregano/mixed herb/italian herb

Bahan Sos Putih:

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • Serbuk oregano/lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1@2 keping cheese
  • Garam

Cara-cara:

  1. Rebus makaroni sehingga lembut dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan kesemua bahan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam/daging cincang. Kacau sebentar.
  5. Masukkan tomato puri, sos spegati, sos cili dan sos tiram.
  6. Tambahkan garam, gula dan serbuk oregano secukupnya.
  7. Masukkan sayuran campuran. Kacau sehingga sayur agak layu.
  8. Masukkan pula tomato. Kacau sekejap.
  9. Akhir sekali masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.

Cara membuat sos putih

  1. Cairkan butter. Masukkan cheese. Kacau sehingga  cheese cair.
  2. Masukkan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan garam, gula dan oregano@lada sulah secukupnya.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sos  menjadi pekat.

Cara membakar makaroni

  1. Masukkan makaroni yang telah digoreng ke dalam loyang pembakar.
  2. Tuangkan sos putih. Gaul rata. (boleh tambahkan beberapa keping cheddar cheese di dalam makaroni)
  3. Taburkan cheese (cheddar, mozzarella, pizza topping) yang diparut ke atas makaroni.
  4. Bakar pada suhu 170°c selama 20-30 minit. Api bawah.

Selamat mencuba!

6,043 total views, 2 views today