Hari ni saya nak kongsikan resepi mee kungfu yang paling sedap dan mudah. Kalau tak suka makan mee, boleh gantikan dengan kuew tiaw. Jika menggunakan telur bersaiz besar, boleh lebihkan mee untuk portion 2 orang makan. Resepi kuah mee kungfu ni boleh juga digunakan untuk buat mee ladna, kuew tiaw ladna, nasi goreng ladna dan sebagainya.

Bezanya cuma mee@nasi goreng ladna selalunya digoreng dengan menggunakan kicap. Bahan-bahan dalam resepi ni juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan pilihan masing-masing. Kalau suka pedas, boleh letakkan cili padi yang diketuk di dalam kuah mee kungfu ni ataupun boleh jugak dimakan bersama sambal kicap. Resepi kuah ni untuk hidangan lebih kurang 3 orang makan. Selamat mencuba.

[Bahasa Melayu]
-= Bahan-Bahan =-
0:00 – 1 Biji Telur (Kecil)
0:03 – Serbuk Lada Sulah
0:06 – Garam
0:28 – 70 Gram Mee Kuning (untuk seorang makan)
1:29 – 3 Ulas Bawang Putih
1:45 – 50 gram Ayam ( Didadu )
1:49 – 70 gram Udang
2:24 – Air
2:31 – Lobak Merah
2:35 – Kubis Bunga
2:38 – Brokoli
3:07 – 2 Sudu besar Sos Tiram
3:15 – 50 gram Sotong
3:19 – Sawi
3:23 – 1/2 Kiub Ayam
3:38 – 1 Sudu Besar Tepung Jagung + 3 Sudu Besar Air

[English]
-= Ingredients =-

0:00 – 1 Egg ( Small )
0:03 – White Pepper Powder
0:06 – Salt
0:28 – 70 Gram Yellow Noodles
1:29 – 3 Cloves Garlic
1:45 – 50 gram Chicken ( Diced )
1:49 – 70 gram Shrimp
2:24 – Water
2:31 – Carrot
2:35 – Cauliflower
2:38 – Broccoli
3:07 – 2 Tablespoons Oyster Sauce
3:15 – 50 gram Squid
3:19 – Leaf Mustard
3:23 – 1/2 Chicken Cube
3:38 – 1 Tablespoon Corn Flour + 3 Tablespoon Water

Sumber Rujukan

632 total views, 8 views today