Resepi Nasi Lemak Sambal Udang – yang paling penting sedap

926
0

Hendak jumpa nasi lemak yang sangat sedap dan menepati selera tekak bukan senang waktu sekarang. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat nasi lemak dan sambal udang menggunakan sambal kokomo yang sangat simple.

Nasi lemak yang saya buat ni senang je. Cuma gunakan santan dan garam sahaja. Kalau ada daun pandan, boleh letak. Kalau tak ada pun takpe. Saya lebih suka nasi lemak yang plain macam ni. Boleh juga letak halia, halba, bawang dan sebagainya kalau suka.

Untuk sambal pula, saya gunakan sambal segera kokomo. Guna sambal kokomo ni senang sangat sebab tak perlu tumis cili dan bawang serta tak perlu tambah bahan perasa yang lain. Sambal kokomo ni dah dimasak dan sedia untuk dimakan terus. Tapi kalau nak tambah bahan perasa yang lain pun tak ada masalah.

Sambal ni sesuai juga untuk buat masakan lain seperti asam pedas, kari dan sebagainya. Selamat mencuba ?

Kokomo Facebook Page: https://www.facebook.com/Kokomoindustries/

[Bahasa Melayu]
-= Bahan-bahan =-
0:14 – 2 Cawan Beras
0:19 – 3 Cawan Santan Pekat
0:27 – 1 sudu kecil Garam
0:31 – 2 Helai Daun Pandan
0:45 – Masak menggunakan periuk nasi
0:49 – 15 Ekor Udang
0:53 – Garam
1:31 – Buangkan lebihan minyak
1:36 – Sambal Segera Kokomo
1:44 – 4 Sudu besar Sambal Segera Kokomo
2:17 – 1/2 Bawang
2:32 – Air
3:10 – Sambal Segera Kokomo

[English]
-= Ingredients =-
0:14 – 2 Cup Rice
0:19 – 3 Cup Thick Coconut Milk
0:27 – 1 teaspoon Salt
0:31 – 2 Pandan Leaves
0:45 – Cook with rice cooker
0:49 – 15 Shrimp
0:53 – Salt
1:31 – Remove excess oil
1:36 – Kokomo Instant Sambal
1:44 – 4 Tablespoons Kokomo Instant Sambal
2:17 – 1/2 Onion
2:32 – Water
3:10 – Kokomo Instant Sambal

source

 3,784 total views,  1 views today

VIABuat Orang Lapo
SOURCEYoutube
Previous articleResepi Serawa Durian yang Sedap dan istimewa
Next articleResepi Agar-Agar Koktel Kastard Aiskrim (Sukatan Cawan dan Gram)
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.