Resepi roti sardin gulung garing | Sardine Crunchy Roll

830

Resepi Roti Sardin Gulung Garing Memang antara menu yang wajib di ketahui dan dipelajari. Resepi Roti Sardin Gulung Garing amat mudah untuk dibuat. Paling Utama ianya rangup dan Pastinya sangat sedap. Anak-anak Pastinya amat menggemarinya.

Bahan-bahan:

10 keping roti
1 tin sardin (tin sederhana)
1/2 biji bawang merah besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit garam
Sedikit air limau
2 biji telur
Serbuk roti secukupnya

Cara-cara:

Ambil isi ikan sardin (tanpa kuah) dan hancurkan.
Masukkan air limau, garam, bawang dan cili merah. Gaul sekata. Ketepikan.
Ambil roti dan lenyekkan satu per satu. Letakkan sardin di atas roti dan gulungkan.
Sapukan sedikit telur di hujung roti supaya roti tidak terbuka semasa menggoreng.
Kemudian salutkan keseluruhan roti dengan telur dan salutkan pula dengan serbuk roti.
Panaskan minyak. Goreng sehingga kekuningan.
Siap untuk dihidangkan.

Tips:

Goreng roti dengan minyak yg sederhana kecil supaya serbuk roti tidak mudah rentung.

Nota:

Boleh tambahkan sayuran lain ke dalam Sardin seperti lobak merah yang disagat, daun bawang dan lain-lain jika suka.

Serbuk roti boleh dibuat sendiri dengan membakar roti di dalam oven sehingga garing dan kisar.

Serbuk roti boleh digantikan dengan bahan lain seperti biskut kering yang dihancurkan.

Baiklah, selamat mencuba!. Jangan lupa klik Like dan Share!

2,151 total views, 13 views today