Resepi Sagu Gula Melaka

1737

Bahan-bahan:

  • 250 gram biji sagu
  • 4 cawan air
  • Sirap atau pewarna (apa2 warna pun boleh.kalau takde pun takpe)
  • 80 gram gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
    *optional: boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan

Cara-cara:

  1. Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama lebih kurang sejam. Supaya biji sagu lebih cepat masak. Tak rendam pun takpe. Cume proses untuk masak tu lama sikit.
  2. Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
  3. Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu kelihatan lebih cantik)
  4. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran masing2. (Kalau masuk dalam bekas besar, boleh potong2 semasa hendak makan)
  5. Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.

Cara untuk sediakan air gula:

  1. Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan pekat.
  2. Sejukkan air gula.
  3. Bila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama sedikit air gula dan santan @ susu cair.

7,908 total views, 7 views today