Resepi Sambal Tahun Bonda Rozita Ibrahim yang sedap

966

Sambal Tahun merupakan hidangan yang sangat populor dikalangan orang Jawa. Walaupun ia di sebut “Sambal” ia bukanlah bersifat kering atau sekadar basah, namun ia merupakan hidangan berkuah.

Pada segelintir orang, Sambal Tahun di sebut juga Samban Taun atau Sambal Taon. Namun ia merujuk hidangan dan resepi yang lebih kurang sama. Yang membezakannya adalah pada rasanya. Namun perlu diingat, Sambal Tahun rasaya pedas! memang sangat sesuai kepada mereka yang sukakan pedas.

Baiklah, sesiapa yang hendak mencuba Sambal Tahun resepi Bonda Rozita Ibrahim, bolehlah tonton video diatas sampai habis.

Tetapi sekiranya hendak mencuba satu resepi Sambal Tahun dari Viral Media Johor yang juga sedap, berikut bahan-bahan dan resepinya;

Bahan-bahan (untuk 5 orang makan)
Bahan A:

  • 500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan serbuk perasa

Bahan B (kisar)

  • 1/2 cawan udang kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Bahan C

  • santan pekat dari 1 biji kelapa

Cara-cara:

  • Rebus bahan-bahan A dan B sehingga lengkuas lembut.
  • Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehigga mendidih.
  • Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan

 

Selamat Memasak!..Jangan lupa untuk Like atau Share post ini! Tekan sahaja butang Like dan Share dibawah!

5,531 total views, 6 views today