Resepi Spaghetti Aglio Olio Mudah dan Sedap

2063

Teringin mahu makan pasta yang sedap Ala Italy? Jom! kita cuba Resepi Spaghetti Aglio Olio Mudah dan Sedap.Aglio olio ni adalah pasta tradisional Italy yang bermaksud bawang putih dan minyak. So, janganlah pula kurangkan bahan dan ramuannya. Nanti tidak jadi pula.

Bahan-bahan Resepi Spaghetti Aglio Olio Mudah dan Sedap;

  • 100 gram spegati
  • Sedikit minyak zaitun
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 tangkai cili kering
  • 6-8 ekor udang
  • Garam
  • Oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Daun parsli
  • Tomato ceri (potong 2)
  • Parmesan Cheese (Untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Panaskan air dan rebus spegati bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut. Tos dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun.Masukkan bawang putih.TUmiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering.kacau sekejap.
  4. Masukkan udang.Tambahkan sedikit air.Kacau sehingga udang masak.
  5. Masukkan spegati.Tambahkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano secukupnya.Kacau rata.
  6. Masukkan daun parsli dan tomato.kacau sebentar dan tutup api.
  7. Taburkan parmesan cheese di atas aglio olio untuk dihidangkan.

Mudahkan?..jangan lupa like dan share kepada kekawan!

 

12,234 total views, 3 views today