Mencari resepi terung goreng berlada yang paling sedap? Jom! kita cuba resepi ini. Memang tidak menyesal ia mudah dan sangat sedap. Sebelum itu apa kata kita kenali sejarah Terung. Jangan terkejut tau!
Terung ialah sayuran yang ditanam untuk dimakan. Saiz terung berbeza-beza antara kecil hingga besar, bergantung kepada kultivarnya. Sayur tersebut mempunyai berbagai-bagai warna, terutamanya warna ungu, hijau, dan putih.
Jangan terkejut! Terung berasal dari India. Ia ditanam di bahagian selatan dan timur Asia sejak zaman prasejarah tetapi dikenali di dunia Barat tidak lebih awal dari sekitar tahun 1500. Rekod bertulis yang pertama terhadap Pokok Terung dijumpai dalam Qà mÃn yà o shù, sebuah karya pertanian Cina kuno yang disiapkan pada tahun 544.
Bilangan nama bahasa Arab dan Afrika Utara yang besar untuk Pokok Terung serta kekurangan nama Yunani dan Rom menunjukkan bahawa pokok ini dibawa masuk ke dunia Barat menerusi kawasan Mediterranean oleh orang Arab pada awal Zaman Pertengahan. Nama saintifiknya, Solanum melongena, berasal daripada istilah Arab abad ke-16 untuk sejenis pokok terung.
11,525 total views, 1 views today