Tiada seorang pun yang mendirikan rumah tangga bertujuan bercerai.Namun disebabkan kecuaian dalam pengurusan kewangan, kebanyakan rumah tangga yang bermula indah mampu tergugat dan runtuh di tengah jalan.

Selain tugas-tugas di rumah, pertengkaran suami isteri juga selalu berpunca dari masalah kewangan.Boleh jadi kerana wang yang tidak mencukupi  atau disebabkan wang lebih.Ketika punya wang yang lebih , pasangan suami isteri mungkin boros atau berkonflik bagaimana mahu membelanjakan wang tersebut.

Namun bagi mengelakkan suami isteri terus menerus bertengkar mengenai wang hingga merisikokan rumah tanggga runtuh kerana wang, maka tips berikut boleh dijadikan panduan;

Jujur

Jujur dan terbukalah dengan pendapatan yang anda perolehi dan diperlukan setiap bulan.Jangan sesekali bersikap mementingkan diri dengan membiarkan pasangan terbeban sendiri membiayai perbelanjaan rumah tangga.

 

Buat bajet

Buat bajet samada bulanan atau mingguan agar masing-masing tidak terlebih belanja.Dalam keadaan ini, “taatlah” kepada bajet yang dipersetujui agar ia tidak memakan diri.

Jangan paksa

Jangan memaksa pasangan membeli barangan yang anda idamkan, apatahlagi jika harganya mahal dan mungkin memakan perbelanjaan rumah tangga anda.Walaupun pasangan anda membelikannya, namun perasaan yang tidak selesa bakal muncul diatas sikap anda.Terutama wang yang dibelanjakan adalah dari bajet simpanan.Usah buat muka kesian tidak bertempat, apatah lagi meminta dengan sikap garang.

Buat simpanan

Pastikan setiap bulan anda dan pasangan membuat simpanan.Ini penting bagi memastikan anda suami isteri tidak berhadapan dengan konflik apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.

Memang ada benar, wang tidak boleh membeli segalanya, namun dengan pengurusan wang yang lemah dalam rumah tangga ia mampu menyebabkan anda pasangan suami isteri bercerai berai.

16,698 total views, 2 views today