Strok atau serangan angin ahmar adalah serangan penyakit yang menakutkan.Sekelip mata sahaja penyakit yang disebabkan oleh pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah menyebabkan pesakitnya mengalami lumpuh, koma malah hilang ingatan.Oleh itu amatlah penting sekali bagi anda memerhatikan tanda awal penyakit ini.

What is a stroke

Perhatikan gejala beikut;

  • Hilang penglihatan secara tiba-tiba
  • Rasa lemah pada wajah, lengan atau kaki
  • Sukar berkata-kata atau memahami pembicaraan
  • sakit kepala teruk, pening atau kehilangan keseimbangan

Selain cacat fizikal , 30%-50% dari penderita strok akan menderita kemurungan yang dapat dilihat dengan sikap mudah marah, kurang keyakinan diri dan gangguan tidur.Dlam beberapa kes depresi dapat mengurangi motivasi dan memburuk keadaan pesakit.

lakukan ujian ini

Walau bagaimana pun satu ujian boleh dilakukan di rumah untuk membantu mengesan serangan strok lebih awal.lakukan ujian ini untuk mengenal pasti serangan strok:

  • Minta pesakit senyum.perhatian adakah salah satu sisi wajahnya tidak terangkat?
  • Minta pesakit mengangkat kedua lengannya.Adakah salah satu lengan jatuh kebawah?
  • Minta pesakit mengulangi ayat pendek.Perhatikan suaranya, adakah ia kedengaran pelik atau lain dari biasa?

Jika mereka mempunyai tanda-tanda di atas maka jangan tunda untuk mendapatkan rawatan.Rawatan awal dan tepat dapat membantu menurunkan risiko kematian dan kecacatan akibat strok

13,453 total views, 2 views today