Dengar cerita Kacang Pool Haji ini memang terkenal dikalangan masyarakat Johor. Menu ini memang unik dan rasanya memang sedap. Apa yang menarik adalah roti yang dihidangkan memang tebal, lembut dan sedikit rangup. Roti yang disapu majerin ini memang sedap dimakan begitu sahaja. Namun jika di cecah dengan Kacang Pool memang lagi sedap.

Sebiji telor cair, Perahan limau, Bawang dan cili yang terdapat dalan hidangan Kacang Pool Haji memang mampu meningkatkan lagi selera makan. Kombinasi yang sungguh menyelerakan.

Kacang Pool Haji kini ia mempunyai cawangan di Presint 9, Putrajaya. Bagi mereka yang ingin tahu dan mahu rasa bagaimana kenikmatan Kacang Pool Haji ini datanglah ke Putrajaya.Memang ia memberi pengalaman yang sangat menarik. Harga pun Berbaloi.

Jika anda rasa gembira dengan Hidangan┬áKacang Pool Haji ini, sila “like” dan “Share”.

3,064 total views, 2 views today