Bagi pelancong yang hadir ke Pulau Langkawi, kereta kabel atau cable car adalah tempat yang wajib dikunjungi.Suasana yang tenang, pemandangan yang indah dan menyegarkan adalah faktor utama mengapa setiap pengunjung yang hadir ke Langkawi akan berkunjung ke sini untuk merasai pengalaman.

Bagi mereka yang belum merasai pengalaman menaiki kereta kabel Langkawi disini kami akan kongsikan beberapa maklumat untuk mudah melakukan perancangan terutama mereka yang pergi secara berkeluarga.

cable-car01

Panduan arah ke kereta kabel langkawi…

cable-car02

Kita boleh nampak pemandangan gunung yang bakal dilewati…lihat gunung pada bucu gambar sebelah kanan atas.Kelihatan kereta kabel sedang beroperasi.

Disinilah anda dikehendaki membeli tiket dan juga merupakan pintu masuk sebelum menaiki kereta kabel Langkawi.

cable-car04

cablecar03

Senarai harga dan pakej untuk menaiki kereta kabel Langkawi.Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.Kepada pelancong tempatan sila pastikan anda tunjukkan kad pengenalan untuk dapatkan kelebihan harga istimewa.Jika anda menunjukkan kad pengenalan akan dikenakan caj istimewa RM30 bagi dewasa dan RM22 bagi kanak-kanak berbanding harga normal RM45 dewasa dan RM32 kanak-kanak.

cable-car-05

Berhati-hati semasa melangkah masuk kereta kabel Langkawi sebab ia tidak berhenti.penumpang yang harus pantas melangkah.Usah bimbang ianya selamat namun jika mana yang bawa anak kecil sila beri perhatian lebih.cable-car06 cable-car07 cable-car08

Kami sarankan kepada anda agar datang awal pagi bagi lebih menikmati kesegaran di puncak Gunung Mat Chinchang.Kepada mereka yang duduk bertafakur..tempat ini memang rare!

21,101 total views, 1 views today