Nafas berbau memang sangat memalukan dan ia akan membawa kepada sikap rendah diri tidak bertempat .Jika sikap ini dibiarkan berlarutan, ia akan memberi kesan negatif jangkamasa panjang seperti sentiasa rasa malu terhadap rakan perbualan dan menjadikan rakan bualan sentiasa dalam keadaan tidak selesa.

Punca nafas berbau berpunca dari banyak sebab.Antara kebiasaannya adalah kerana sisa makanan yang terdapat pada mulut, kesan dari memakan makanan yang berbau seperti bawang putih, bawang merah atau jering.

Faktor amalan pemakanan haruslah diberi lebih perhatian.Makanlah makanan yang mudah hadam seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air mineral yang banyak.Amalan ini akan memberi kesihatan yang baik kepada mulut (gigi,lidah,gusi) serta usus perut punca nafas berbau.Usah ketinggalan, selepas makan, gosok gigi dan gunakan cecair basuh mulut antibakteria.

Dari sudut rawatan bekam, lakukan titik berbekam seperti berikut.Terutama mereka yang mengalami masalah nafas berbau kronik.lakukan sebulan sekali pada tanggal 17,19,21 sebelum 1 haribulan kalendar islam. Berikut merupakan titik-titik bekam yang boleh diikuti untuk mengatasi masalah nafas berbau;

accu_25_1_nafasberbau

accu_25_2_nafasberbau

Adalah penting untuk minum banyak air suam selepas rawatan untuk membantu membersihkan diri dari bahan-bahan toksik dalam badan kita.Namun diperingatkan jika anda mempunyai penyakit yang serius, atau penyakit yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung, atau kanser, sila berunding dengan doktor anda sebelum rawatan dijalankan.

19,093 total views, 2 views today