Sekiranya anda mengalami sakit telinga sehingga menyebabkan tubuh menjadi demam dengan keadaan telinga mengeluarkan cecair kekuningan atau berasa denyut yang memeritkan, ini merupakan tanda-tanda kesakitan yang perlu dirawat segera agar ia tidak menjadi lebih kronik dan membawa kesan buruk kepada fungsi telinga.
Bahagian luar telinga terdiri dari pina dan saluran atau kanal telinga luar. Bahagian dalam telinga merupakan rerongga yang bermula daripada gegendang dan mengandungi tiga tulang kecil (stirup,anvil dan hamma). Bahagian dalam telinga disambungkan ke tekak oleh tiub Eustachio.Sementara itu, bahagian tengah telinga mengandungi koklea, organ pengimbang dan sarafnya.Terdapat pelbagai jenis masalah telinga misalnya, kesakitan telinga yang mungkin berpunca daripada jangkitan tonsil, rahang atau sinus.
Untuk titik bekam kali ini saya akan kongsikan titik bekam untuk membantu pesakit yang sedang menghadapi masalah kesakitan telinga.Titik bekam berikut sekadar membantu mengurangkan rasa sakit telinga.Namun berjumpa dengan pakar telinga amat digalakkan.

Titik Bekam A
Lokasi: satu setengah inci di atas titik bekam (B) Kebaikan: Melegakan Sakit telinga, masalah pendengaran, tekanan di dalam telinga, masalah rahang, sakit gigi, dan sakit kepala
Titik Bekam B
Kebaikan: Melegakan Sakit telinga, masalah pendengaran, tekanan di dalam telinga, masalah rahang, sakit gigi, dan sakit kepala
Titik Bekam C
Lokasi: inci setengah di bawah titik (B).Kebaikan: Melegakan Sakit telinga, masalah pendengaran, tekanan di dalam telinga, masalah rahang, sakit gigi, dan sakit kepala
Titik Bekam D
Lokasi: Belakang cuping telinga.Kebaikan: Melegakan sakit telinga, kejang muka, sakit rahang, telinga gatal, tekak bengkak, beguk, dan sakit gigi.
Pada titik bekam D, tidak perlu melakukan bekam darah.Manakala pada titik A,B dan C boleh menggunakan bekam darah.Namun begitu gunalah pen bekam bukan pisau.Boleh juga semua titik dilakukan dengan hanya menggunakan kaedah bekam urut atau bekam kering